Friday, 20 January 2012

~11.12.11~

Alhamdulillah...inilah tarikh keramat yang membuktikan aku sah menjadi tunangan kepada FAHMI ZAKARIA.

Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan dia yang bakal menjadi imam kepada keluargaku kelak...insyaAllah. Majlis pertunangan kami tidaklah semeriah majlis sahabat-sahabatku...cukup dihadiri kaum keluarga kedua belah pihak kami...

Alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan majlis kami. Walaupun serba sederhana, tapi bagiku cukup meriah sangat-sangat...:-) Mengingati kembali detik perkenalan kami, aku tak sangka abang sedare aku mempunyai perancangan untuk mengkhitbahkan aku dengan seorang lelaki..(tunang aku yg skrg ni..hehehe) Selama 4 bulan perkenalan kami, aku dan dia sempat jumpa dua kali je...(masing-masing nk jaga maruah..)

Lama jgk kami xberhubung...time tu aku malas nk fikir benda2 yang belum pasti...siapalah aku kalau nk dibandingkan dia..seorang bilal merangkap imam...(aku nie bukanlah ustazah tapi sekadar berusaha untuk menjadi lebih baik...cewahh..) Orang kata, kalau nk dapat suami soleh, kita dulu kena berubah menjadi solehah..

Ini merupakan pertunanganku yang kali kedua..(cerita lepas biarlah menjadi sejarah..) aku tak akan sekali-kali membuka keaiban orang...(dosa tau...)

Nak dijadikan cerita, sebulan sebelum aku mengambil keputusan utk bertunang, aku berhenti kerja...(dugaan harus dilalui dengan sabar..) selama aku tak bekerja, kerap juga aku melakukan solat istikharah minta petunjuk agar Allah memberi pilihan yang terbaik di antara yg terbaik...tak kisahlah dari segi kerja mahupun dalam soal jodoh..bismillahi tawakkaltu 'alallah...

Sehabis solat, aku sambung tido...tup tup, bila bangun nk solat subuh, aku dapat satu mesej..."keluarga saya nk jumpa awak.." uppsss...aku tergumam...adakah?? apakah?? mungkinkah ini petunjuk dari Allah? inikah jawaban yang selama ini aku inginkan?? macam2 persoalan timbul dibenak fikiran... Apapun, kena solat subuh dulu...biarkan perkara tu sebentar...huhuhu...

Lama lepas tu, aku pun membalas mesej dari dia...nk dipendekkan cerita, aku ajak dia jumpa...(bukan dating, tapi sekadar nk tau cerita sebenar...) kebetulan hari yg aku nk jumpa tu, aku ada interview di Klang Gate...dua tujuan dalam satu masa...huhuhu...

Lama juga kami berborak...tentang tujuan hidup, tentang matlamat dan sebagainya...aku betul2 xsangka, ternyata kami mempunyai tujuan yg sama...nk membangunkan keluarga yg sakinah, mawaddah dan warahmah...insyaAllah...

Sampailah ke hari yang menyaksikan ikatan dua hati melalui pertunangan...
Kami pegang prinsip, pertunangan bukanlah lesen untuk menghalalkan apa yg haram.. Ikatan kami harus bertahan selama 6 bulan sebelum menjadi halal..sementelah itu, kami masing2 berusaha untuk memperbaiki diri..semoga segala harapan dan impian menjadi kenyataan.. Aku mencintai dia keranaNYA dan hanya keranaNYA...semoga DIA memeberi kekuatan kepada aku dan dia untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang...

Untukmu bakal imamku..
Aku tidaklah sempurna untuk mencari yang sempurna..
Tapi aku berharap agar kehadiranmu menyempurnakan aku..
Aku tidak semulia Siti Khadijah,
Juga tidak setabah Fatimah Az-Zahra..
Tapi aku wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi sempurna dihadapanmu kelak..
InsyaAllah...

Kepada tunangku...
Teruskan perjuanganmu dalam berdakwah...
Semoga dengan kehadiranku kelak dapat menguatkan lagi semangatmu untuk meneruskan perjuangan dakwah...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment